Join us on Facebook

Please wait..10 Seconds Cancel

Thursday, October 3, 2013

Kenapa aku sedekahkan wang ke surau/masjid daripada hasil jualan anda..

Aku sebenarnya memang ikhlas untuk mendermakan/sedekahkan sedikit daripada hasil jualan produk shaklee ini di surau atau masjid mengikut keuntungan yang dapat... walaupun RM1 sekali pun..Derma itu akan aku niatkan bagi pihak pembeli.. Niat aku untuk mengajak anda membuat kebajikan dan hasil derma itu mungkin dapat membantu ahli surau  membangunkan  dan  mengharmonikan surau/masjid. Kebiasaan duit itu akan di letak di dalam tabung-tabung di surau tidak kira di mana yang aku singgah atau aku akan memberikan kepada suami untuk didermakan di masjid pada hari jumaat. 

Kenapa aku membuat begitu ?
  • Sebab aku lihat sekarang ni susah sangat orang nak derma, bukan cakap orang lain tetapi diri sendiri pun sama. Selalu jer orang mintak derma di pasar-pasar malam atau di kaki lima tapi aku tidak bagi sebab sekarang ni banyak penipuan dan aku sendiri pun pernah tertipu kononnya kesian dan niat untuk membantu tapi depan mata terbongkar penipuan dan aku terus jadi serik. So aku rasa adalah selamat kalau menderma terus ke tabung masjid atau surau.
  • Berapa kali setahun kita sedekah? Aku sendiri tidak ingat bila kali terakhir aku sedekah.Mungkin setahun sekali time bayar zakat.. tu pun tanggungjawab husband. Sebab tu aku rasa elok juga kalau ambil pendekatan ini.
  • Wang kita dapat pun daripada Allah dan elok juga kalau kita kongsikan/sedekahkan kepada orang yang memang memerlukan/di rumah ibadat walaupun sedikit untuk tujuan kebajikan.
  • Bila dah dapat banyak sikit baru aku bercadang sedekahkan kat orang yang memerlukan pulak.Sama-sama kita berkongsi pulak.


Kat sini aku nak kongsikan sedikit Firman Allah dan sabda Rasulullah yang mungkin boleh membuatkan yang sedekah itu adalah sesuatu yang sangat bermanfaat  bersama~ 

                       “Tidaklah harta itu berkurang disebabkan oleh sedekah.” (Riwayat Muslim).
Beri setakat mana termampu dulu kerana sumbangan sekecil itu menjadi pembersih harta kita. Sedekah orang yang kurang hartanya lebih besar ganjarannya.
Rasulullah bersabda:
“Sedekah yang paling utama adalah menggembirakan fakir dan dikeluarkan dalam keadaan sedikit harta. (Riwayat Ahmad).
Allah berfirman:
“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Surah al-Baqarah ayat 262).

Akhir kata moga kita bersama-sama dapat manfaat daripadanya...aminn..




No comments :

Post a Comment